Tuesday 23 July 2019

RESEPI KETAM CILI MUDAH DAN SEDAP

  Assalamualaikum... Cik La terasa nak makan chili crab hari ini.. 😋😋😋


  Nasib Cik La sgt baik sbb ayah Cik La baru blk dari pulau aur... Bawak blk banyak ketam, udang, sotong dan ikan.. ketam tu jenis yang kecik2 je.. tp x pe asal kan dpt jugak merasa ketam ayah Cik La cari.. Ayah Cik La ni memg suka memancing.. Dia berhajat sgt nk pegi memancing dipulau.. Alhamdulillah tercapai juga hajat dia bersama kwn2 yg satu hobi dgn dia.. ☺☺☺

   Mari kita terus kan dgn hobi kita ni... Mencuba semua resepi mudah atau susah... 😝😝😝

Bahan2 yg perlu

  1. Ketam 500gm
  2. Cili kering 10 tangkai*
  3. Bawang putih 3 ulas*
  4. Bawang besar 1 biji*
  5. Halia 1/2inci*
  6. Sos cili 2 sb
  7. Sos tiram 2 sb
  8. Asam jawa 
  9. Garam 1 sk
  10. Gula 1 sk
  11. Daun sup (utk hiasan)
  12. Minyak masak (untuk menumis)

Semua yg bertanda * kena blend dulu smpai lumat... Kalo suka menumbuk dipersilakan...



Ketam tu kena bersih kan betul2 ye... kalo ada yg x pandai bersihkan.. Skrg sgt mudah semua dihujung jari.. Boleh tgk you tube je...

cara- caranya adalah

• Gaulkan ketam dengan kunyit dan garam smpai sebati.. Pastu gorengkan ketam tu separuh masak dan asingkan.




• Tumis bahan yg dah diblend/ditumbuk sampai naik bau atau org dulu kata pecah minyak

• Masukan sos cili dan sos tiram. Masukan air asam jawa dan garam, gula.. Cik La sukan masukan awal sbb senang nk gaul sebati... Kalo masukan selepas masuk ketam.. Garam tu takut x sebati..

• Last sekali masukan ketam yg dah digoreng. Gaul sebati dan disiap dihidangkan.



Sekali pandang pun dah menyelerakan... Kepada semua boleh cuba resepi ini.. Sangat mudah... Kalo nk buat utk udang sotong pun boleh... Ala2 shell out kan.. Hubs Cik La kata hari2 makan pun x apa pun yang... Hihihi bertambah sayang la kan..


Alhamdulillah semoga resepi dapat menbantu dan memudahkn semua..Aamiin... 😘😘😘😘





Wednesday 17 July 2019

RESEPI BIHUN GORENG MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum semua... Hari ni Cik La nk masak sesuatu yg simple tp sedap... Anak dara Cik La yg request nak bihun putih tp tak nak pedas... Ini yg susah tuk Cik La sbb hus suka pedas2... Nak buat bihun singapore walau x pedas tp lada hitam still terasa tuk ank l so cik la decide goreng bihun resepi olahan by cik la...

So bahan2nya adalah:

#ayam 2 ketul (ala beli kat supermarket tu)
#fishcake @ fish ball (ikut suka)
#bihun bintang 3 ( Cik La suka pakai brand ni sbb bila goreng x cepat lembik atau keras)
#cili besar 4 biji*
#bawang besar 1 biji*
#bawang putih 3 ulas*
#udang kering @ ikan bilis* (optional)
#carrot 1 biji
#garam-ikut rasa korang
#gula-ikut rasa korang



Anak2 Cik La x makan sayur lain selain carrot so Cik La ikut selera anak je la...


Ni potong ayam orang malas mcm Cik La

Senang kan... Bahan2 pun x banyak... Mudah sgt utk yg abg bujang pun boleh buat... and bahan2 mentah tu ikut la korang nk isi apa udang boleh, sotong ker... Terpulang... Cik La buat ikut apa yg ada dalam peti harta karun Cik La... Hihihihi...

Ok lets start memasak...

¢ Mula2 blend semua yg bertanda *. Pastu masuk minyak kedalam kuali utk menumis tp jgn lupa sambil menumis kita merendam bihun ye..


macam ni rupa bila dah blend... Tp x tahu kenapa gmbar jadi kuning... Cik La x letak kunyit tau...

¢ Tumis bahan ni dahulu sampai kekuningan. Pastu masukan ayam dan fish cake.
¢ Nampak ayam dah masak masukan bihun dan kacau sebati nga rencah yg kita tumis tu.
¢ Tgk tekture bihun tu kalo still keras amik air panas atau suam masuk sedikit demi sedikit, utk pastikan bihun kita x keras. Jgn masuk byk2 nanti lembik bihun tu.
¢ Last sekali masukan carrot atau apa2 sayur yg korang suka. Pastu garam dan gula kan masakan kita. Sorry Cik La masak memg x guna bahan spt ajinomoto, pasti sedap or seangkatan nga semua ni..


¢ Siap... Rupa x cantik tapi sedap... Hahaha puji diri sendiri la... Korang kalo ada daun sup or bawang goreng... Sila la tunjuk kan kehebatan seni korang... semoga resepi ini dapat memberi manfaat kepada semua... Aamiin... 😘😘😘

Friday 1 March 2019

RESEPI SUP AYAM MUDAH

Assalamualaikum.. Hari ini Cik La nak share resepi mudah sup ayam yang cepat dan sedap. Bahan pun tak banyak..

  • 600gm ayam yg dipotong
  • 5 gelas air
  • 2 biji kentang
  • 1 batang lobak
  • 1 sup bunjut (adabi)
  • hirisan daun sup
  • batang saderi (optional)
  • 2sudu minyak masak
  • Garam secukupnya
bahan2 ditumbuk

  • 4 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia 

 


















Ini saja bahan yang perlu untuk sediakan sup ayam. Ini cara Cik La, bagi Cik La resepi ini paling mudah.


cara penyediaan;

panaskan minyak, tumiskan bahan yg ditumbuk tadi hingga naik bau dan kekuningan


masukkan 5 gelas air atau secukupnya. Masukkan ubi kentang dan masak seketika.


Masukkan sup bunjut, lobak dan ayam. Masak sehingga ubi kentang empuk


Setelah ayam masak dan ubi kentang empuk. Masukkan batang saderi. 


Akhir sekali, masukkan garam dan daun sup. Selamat mencuba.





Sunday 11 November 2018

RESEPI AYAM PAPRIK SIMPLE

assalamualaikum semua, Cik La seorang yang suka pada masakan yang ringkas. Paprik mempunyai keunikan rasa dan menu yang cukup senang untuk dimasak. serba serbi cukup gabungan sayur dan ayam. Sbb hus suka sayur, Cik La pula jenis karnivor... resepi ayam paprik ni Cik La copy dr resepicikguani.blogspot.com.. tq cikgu ani..



RESEPI PAPRIK AYAM

Bahan-bahannya:




  1. 4 ketul ayam - dihiris kecil
  2. 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  3. 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
  4. 1 biji cili merah - dihiris serong
  5. 11 biji cili api - dipecah-pecahkan aje
  6. 2 helai daun limau purut - disiat-siat
  7. bunga kobis - dihiris kecil
  8. 2 biji putik jagung - dihiris serong
  9. 1/2 biji karot - dihiris serong
  10. 2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
  11. 2 sudu makan cili kering kisar
  12. 2 sudu makan cili sos
  13. 2 sudu makan tomato sos
  14. 1 sudu makan sos tiram
  15. garam
  16. 1 cawan air


Cara penyediaan:



  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan semua sos. Agak-agaklah berapa banyak. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
  5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
  8. Tutup api dan boleh hidangkan
Sedapnya makan dengan nasi putih yang panas bersama dengan telur dadar. Selamat mencuba. Selepas ini, anda tidak perlu berhabisan duit beli di kedai. ia cukup mudah untuk dimasak

RESEPI KETAM CILI MUDAH DAN SEDAP

  Assalamualaikum... Cik La terasa nak makan chili crab hari ini.. 😋😋😋   Nasib Cik La sgt baik sbb ayah Cik La baru blk dari pulau ...